Abstract
Abstrak : Tadabbur al-Quran merupakan suatu proses penting dalam memahami mesej al-Quran secara mendalam, seterusnya membentuk akhlak dan keperibadian Muslim yang unggul. Walaupun pengajian tadabbur semakin mendapat perhatian dalam konteks pendidikan Islam, pembangunan modul khusus yang berasaskan tadabbur masih kurang diberi penekanan secara sistematik. Artikel ini bertujuan meninjau literatur berkaitan tadabbur al-Quran di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada konsep, pendekatan, dan jurang kajian yang masih wujud. Kajian berbentuk analisis kepustakaan ini mengumpul dan menganalisis artikel-artikel terdahulu yang melibatkan aspek integrasi ilmu, pendidikan tahfiz, pengajian tafsir, pembentukan akhlak, serta penggunaan teknologi. Hasil sorotan menunjukkan bahawa walaupun banyak kajian menekankan kepentingan tadabbur, pelaksanaannya masih bersifat konseptual dan belum menghasilkan modul berstruktur yang boleh digunakan oleh guru sekolah atau guru al-Quran bertauliah. Bahkan, terdapat banyak kajian hanya memberi fokus kepada aspek bacaan, tajwid, tarannum dan hafazan.
Kata kunci: Tadabbur al-Quran, modul pendidikan, pendidikan Islam
